Pengedar Sah Shaklee kawasan Jasin / Durian Tunggal / Tangkak..
Pm / Wasup : 019-7407001
SID : 1177376
http://mommykinthehouse.blogspot.com/
Pengedar barangan Al-Haddah Marketing Sdn.Bhd.

Wednesday 24 December 2014

Resepi kek marble chocolate-cheese...yummy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Entry kali ini, seperti yang dijanjikan aku akan sharekan cara membuat marble chocolate-cheese kek kegemaran keluarga kami menggunakan tepung kek dari mama "N" kitchen yang sangat mudah..Selamat mencuba..

Bahan-bahannya:

Bahan A : Adunan Kek Coklat
Tepung Kek Coklat (mama "N" kitchen)
250 ml @ 1 1/4 cawan air sejuk dari peti ais
100 ml @ setengah cawan minyak jagung
1 sudu teh jus lemon / cuka masakan
Cara :
(Campurkan tepung kek coklat moist + air sejuk + minyak jagung, gaul hingga sebati, kemudian campurkan jus lemon/cuka)

Bahan B : Adunan Kek Keju
250g cheese cream (jenama terpulang kepada anda asalkan halal..)
65g @ 1/3 cawan gula kastor ( kalau tiada, boleh juga kisar gula pasir)
Sebiji telur (gred A @ B)
1 sudu teh jus lemon (sunquick Oren pun boleh)
1 sudu teh esen vanilla (optional : kalau tak de pun tak pe)
Cara :
(Pukul sebati kesemua bahan sehingga nampak sedikit berkrim)

Proses terakhir:


1.Tuang kesemua adunan A (adunan kek Coklat) tadi ke dalam loyang yang telah disapu minyak/butter
2.Masukkkan pula adunan B (adunan kek keju) secara berselang-seli
3.Dengan menggunakan pisau sapu roti, lakarkan corak marble pada kombinasi adunan ini
4. Bakar pada suhu 170-180 selama 30- 40 minit @ dikukus selama 45 minit @ hingga masak (tutup loyang kukus dengan tuala / aluminium foil)
..


So inilah hasilnya..tadaaa...





Menyelerakan bukan?? Macam mane nak dapat tepung ni??
Ok caranya:

 


(Tepung kek ini dijual secara pek berkembar untuk memudahkan proses penghantaran)
Harga Jualan (2 Pek x 330g) : RM20.00
Harga Pos : RM6.00 (Semenanjung Malaysia) @ RM10.00 (Sabah/Sarawak)
 
JUMLAH BAYARAN (termasuk pos) 
 ~ RM26.00 (Semenanjung Malaysia)
                                            ~ RM30.00 (Sabah/Sarawak)

Jika berminat boleh sms/wasup kepada saya.
Khai : 019-7407001

Set Penyusuan Shaklee

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini aku nak sambung cerita tentang set penyusuan shaklee. Sambungan daripada entry yang lalu Pengalaman Munyusukan Baby. Alhamdulillah dah 7 bulan aku menyusukan baby ku. Syukur yaAllah kerana Engkau luaskan rezeki anakku.

Sebenarnya sejak mengandung lagi aku dah berangan-angan nak makan set menyusu shaklee setelah aku baca banyak blog2 tentang dunia penyusuan. Setiap hari aku membaca dan terus membaca untuk menambahkan ilmu penyusuan. Teruja bila lihat dan baca pengalaman ibu-ibu yang berjaya menyusukan bayi mereka sehingga bayi berusia 2 tahun. Mampukah aku?? Perjalanan penyusuanku masih jauh lagi. Tetapi berbekalkan ilmu dan semangat yang tinggi dalam diri,aku yakin aku boleh melakukannya..InsyaAllah..

Di akhir usia kandungan ku, aku telah kumpulkan vitamin shaklee untuk aku berpantang dan juga untuk aku menyusukan. Syukur pada-Mu ya-Allah, Engkau pemberi rezeki kepada hamba-Mu. Jadi sebelum bersalin dapatlah aku melengkapkan set Penyusuan Shaklee yang aku yakini.

                                                  Set Penyusuan Optimum Shaklee.
 Inilah set penyusuan yang aku amalkan sehingga sekarang. Alhamdulillah walaupun taklah sepeti ais stok susu buat anakku, tetapi masih cukup buat anakku menyusu sehingga sekarang. Aku bukanlah orang yang dilahirkan dengan susu ibu yang banyak. Tetapi aku berusaha keras mengamalkan tips2 untuk menambah susu badan selain dari consume vitamin diatas.

Alhamdulillah, semenjak aku mengamalkan vitamin ini, perubahan terasa dalam diriku. Badan terasa bertenaga walaupun setiap malam berjaga menyusukan anak. . Walaupun sibuk dengan aktiviti seharian bersama 2 orang hero, sehingga malam aku masih bertenaga. Kulit juga terasa lembap berbanding sebelumnya. Syukur yaAllah atas segala anugerahmu.

So aku kongsikan sikit tentang set penyusuan ni.
Set Penyusuan Optimum Terdiri daripada:
1) ESP (Protein Isolate Powder)
    ~ membekalkan protein kepada ibu dan susu yang diberi kepada bayi.
2) Alfalfa Complex
    ~ bertindak sebagai milk booster.
3) Vitalea
    ~ membekalkan mineral yang diperlukan kepada ibu.
    ~ membantu ibu sentiasa cergas, sihat dan bertenaga.
4) Vitamin C Plus
    ~ sebagai antioksidan dan meningkatkan sistem imunisasi.
    ~ penjagaan kulit.
5) Vitamin B complex
   ~ meredakan stress.
   ~ meningkatkan metabolisme badan
   ~ menyokong sistem saraf
6) Osteomatrix
   ~ membekalkan kalsium kepada ibu yang menyusukan.

Set ini mampu meningkatkan susu badan dengan syarat ibu haruslah mematuhi peraturan mengepam, minum air secukupnya serta mengambil makanan yang seimbang.

Sekian sahaja perkongsian pengalaman untuk kali ini.

Jika ada yang berminat boleh sms/wasup saya,Khai di 019-7407001.

Tuesday 23 December 2014

Mudahnya Membuat Kek...

Assalamualaikum...






Hahahaha...macam tak percaya je tgk gambar kat atas tu. Jangan tak percaya yer, itulah hasil air tangan aku..hikhik..marble chocolate-cheese cake..Haa..ada cheese lagi, berkrim..hihi

Ceritanya begini, orang macam aku yang tak reti baking cake ni telah bertemu dengan ramuan tepung kek yang sangatlah mudah disediakan. Bila dah cuba aku sendiri pun macam tak percaya kek aku dah siap..hahaha..boleh gitu??!!..

Bila kek dah siap org pertama yang nak cuba dah semestinya anak aku..Almaklumlah bila nmpak cheese. Memang faveret dia..hantu makan cheese..hihi..Kata hero kecik aku tu, "Mama, sedap la abang suka kek mama buat, macam kat kedai". Hihi..you see!!! Wah dengan bangganya aku pun jawab, "mestilah sedap sape yang buat"..hahaha..bangga diri sekejap..

Anyway aku nak cite sikit tentang tepung kek instant yang aku guna ni. Tepung kek ni sangatlah istimewa kerana home made tau. Disediakan oleh kawan aku sendiri iaitu kak norafidah melalui produknya mama "N" kitchen. Trademark nya Semudah A-B-C-D!! terbaiklah kak norafidah ni yang telah berjaya menghasilkan produknya sendiri..Mudah sangat-sangat even orang yang tak reti buat kek macam aku ni pun berjaya juga membuatnya..hikhik.

Kat sini aku share kan gambar tepung kek instant semudah A-B-C-D tu..hihi

                                           Tada...inilah dia..perasa red velvet kegemaranku..

                       Yang ni pula super moist chocolate cake powder..feveret hero kecikku..

Actually selain chocholate dan red velvet yang aku share kat atas tu, ada lagi 2 jenis tepung cake yang lain iaitu carrot cake and marble cake. Semestinya semudah A-B-C-D..hihi


Berminat?? Anda boleh pm/wasup ke:
Khai :019-7407001

Next entry, aku akan sharekan cara nak membuat kek marble-chocolate cheese ni yer..tata

TQ Allah..

Sunday 21 December 2014

Pengalaman Menyusukan Baby..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah ada juga kelapangan nk update kat sini tentang pengalaman penyusuan aku..
Now, my baby dah 7 months old..Syukur masih diberi kesempatan dan rezeki menyusukan baby sepenuhnya.

Harini  aku nk kongsi la serba sedikit tips yang aku amalkan sepanjang menyusukan baby. 

1. Perlu ada azam yang tinggi serta semangat yang kuat.
     ~ Azam ni harus ditanam semasa hamil lagi. Perlu banyak ilmu penyusuan utk menyusukan baby supaya tdak mudah give up nanti. Ilmu penyusuan sangat luas.

2. Cari rakan yang menyusukan.
    ~ Pada aku rakan seperjuangan sangat penting untuk support each other dan tempat berkongsi pengetahuan. Anda perlu rajin bertanya. Jangan malu untuk mendapatkan ilmu. Joinlah group2 penyusuan yang sedia ada.Mereka banyak knowledge untuk dikongsikan.

3. Amalkan konsep demand and supply
    ~ Tips ni dah tentulah selepas anda melahirkan. Anda perlu menyusukan baby sekerap mungkin mengikut keperluan baby. Susui lah baby anda sekerap mungkin semasa di dalam pantang.

4. Sentiasa positif
   ~ Perkara ni yang aku rasa paling sukar untuk dilakukan. Tapi aku cuba sedaya upaya. Ibu mestilah berfikiran positif. Sentiasa berfikiran susu kita cukup untuk baby kita. Tiada istilah tidak cukup susu. Ibu juga perlu rileks dan tidak stress apabila baby menangis. Kadangkala baby kita menangis bukan kerana tidak cukup susu tetapi kerana ingin dipeluk oleh ibunya kerana belum biasa dengan keadaan sekeliling.

5. Pam perlu konsisten
   ~ Ibu-ibu perlu mengepam mengikut masa yang tertentu. Jika boleh setkan jadual mengepam yang tetap. Jika masih ada susu walaupun setelah ibu menyusukan baby, ibu boleh mengepam susu supaya missB kososng. Jika missB kosong,akan banyak dan cepat susu baru akan terhasil.

6. Cari makanan milk booster.
    ~ Setiap orang lain milkboosternya. Jadi ibu-ibu terpaksalah trial n error untuk mencari makanan milk booster. Makanan milk booster ku adalah kurma, air horlick, peria,longan, dan jantung pisang. Pernah juga mencuba air lobak putih (white radish), tak mampu aku menelannya..uwekks..huh berpeluh..

7. Supplement
   ~ Ibu boleh mencari supplement atau vitamin yang sesuai untuk kesihatan ibu. Bila ibu sihat production susu juga akan bertambah. Kalau tanya aku semestinya aku amalkan set penyusuan shaklee..hihi..Alhamdulillah buat diriku amat berkesan..

Oklah setakat ini dulu entryku untuk kali ini. Next entry aku akan sharekan tentang set penyusuan shaklee..tatatititutu...

Friday 19 December 2014

Kebaikan Kurma

Assalamualaikum wbt..

Harini ku nak share tentang kebaikan jus kurma. Actually kawan ku yang perkenalkan produk ni pada ku. Almaklumlah my baby pun baru 4 bulan masa tu. Jadi bila dengar je kurma terus interested nak cuba.
Actually nama jus tu Tamar Cocoa keluaran Al-Haddad. First time ku try airnya..wow sdapnya!!! bukan lah nak promote barang kat sini. Tapi bila dah cuba n tau kebaikannya saje la nak share dengan kawan-kawan diluar sana tu..

Kebaikan Tamar Cocoa ni banyak sebenarnya selain sebagai milk booster ku..Biar ku share skit kebaikannya.Antaranya:
1) Anti stress
2) Anti oksidan
3) Anti penuaan
4) Anti keradangan
5) Penjagaan kulit
6) Masalah Anemia
7) Kesihatan Jantung
8) Meransang minda
9) Menguatkan tulang
10) Mengawal tekanan Darah
11) Mengawal Pembekuan darah
12) Mengawal kerosakan sel dan tisu
13) Proses tumbesaran kanak-kanak

Selain tu ape yg membuatkan ku suka dengan produk ni adalah ia keluaran bumiputera islam, produk halal , suci dan mengikuti piawai IMP..terbaik la..jadi kita kenelah sokong produk orang kita kan..hihi..

                                         Air coco kurma..yummy!!

Ok lah setakat ini dulu dapat pn.K share kali ini..bubbye.. 
Berminat?? Boleh pm/wasup ku yer..019-7407001

Wednesday 17 December 2014

Berkat Kesabaran..Alhamdulillah.

Syukur Alhamdulillah....itulah yg boleh ku ucapkan..

Setelah beberapa minggu berpindah ke kampung barulah dapat nak update kat blog kesyanganku ini.
Harini dah masuk 3 minggu ku berhijrah pulang ke tempat asalku. Setelah tiga tahun (penantian suatu penyiksaan) menunggu dan menanti dengan penuh kesabaran, akhirnya permohonan pindah mengikut En.K yang tersayang diluluskan jua..Ya Allah syukur ke hadrat mu, indahnya kesabaran itu. Aku telah merasai nikmatnya.

Maka bermulalah sesi kemas mengemas apabila keputusan pindah telah diterima..Hihi..
Sebenarnya sedih nak meninggalkan sekolah pertama aku mengajar setelah dipostingkan..Almaklumlah kawan-kawanku di sana sangat la baik dan memahami..Tak pernah lokek akan pertolongan kepada aku dan little boy sepanjang berada di JB.

Bermulalah episod air mata apabila memberikan ucapan terakhir kepada sekalian anak-anak muridku. Mudah nya air mata..gembeng betul..hihi..

Kepada anak-anak didik yang ku sayangi:
Maafkan ku sekiranya ada terkasar ketika sesi mendidikmu..
Segalanya ku lakukan semata untuk mendidikmu menjadi insan berguna..
Doaku moga kamu semua berjaya bukan akademik semata tetapi berjaya menjadi insan yang berguna kepada agamamu, bangsamu dan juga negara tercinta.

Kepada rakan guru yang ku sayangi:
Ketahuilah sahabat bahawa kamu adalah orang penting di dalam hidupku tatkala aku keseorangan.
Jasamu akan ku kenang hingga ke akhir hayatku..
Semoga sahabat semua dikurniakan kesihatan yang baik, dimudahkan rezeki serta beroleh kebahagiaan sentiasa hendaknya..
Amin

Terlebih emosi pula aku ni..actually itulah yg ku rasa..huhu..


                                            Amanat terakhir...

                                              Memohon kebaikan darimu yaAllah..

                                              Selamat tinggal anak didik ku..