Pengedar Sah Shaklee kawasan Jasin / Durian Tunggal / Tangkak..
Pm / Wasup : 019-7407001
SID : 1177376
http://mommykinthehouse.blogspot.com/
Pengedar barangan Al-Haddah Marketing Sdn.Bhd.

Wednesday 17 December 2014

Berkat Kesabaran..Alhamdulillah.

Syukur Alhamdulillah....itulah yg boleh ku ucapkan..

Setelah beberapa minggu berpindah ke kampung barulah dapat nak update kat blog kesyanganku ini.
Harini dah masuk 3 minggu ku berhijrah pulang ke tempat asalku. Setelah tiga tahun (penantian suatu penyiksaan) menunggu dan menanti dengan penuh kesabaran, akhirnya permohonan pindah mengikut En.K yang tersayang diluluskan jua..Ya Allah syukur ke hadrat mu, indahnya kesabaran itu. Aku telah merasai nikmatnya.

Maka bermulalah sesi kemas mengemas apabila keputusan pindah telah diterima..Hihi..
Sebenarnya sedih nak meninggalkan sekolah pertama aku mengajar setelah dipostingkan..Almaklumlah kawan-kawanku di sana sangat la baik dan memahami..Tak pernah lokek akan pertolongan kepada aku dan little boy sepanjang berada di JB.

Bermulalah episod air mata apabila memberikan ucapan terakhir kepada sekalian anak-anak muridku. Mudah nya air mata..gembeng betul..hihi..

Kepada anak-anak didik yang ku sayangi:
Maafkan ku sekiranya ada terkasar ketika sesi mendidikmu..
Segalanya ku lakukan semata untuk mendidikmu menjadi insan berguna..
Doaku moga kamu semua berjaya bukan akademik semata tetapi berjaya menjadi insan yang berguna kepada agamamu, bangsamu dan juga negara tercinta.

Kepada rakan guru yang ku sayangi:
Ketahuilah sahabat bahawa kamu adalah orang penting di dalam hidupku tatkala aku keseorangan.
Jasamu akan ku kenang hingga ke akhir hayatku..
Semoga sahabat semua dikurniakan kesihatan yang baik, dimudahkan rezeki serta beroleh kebahagiaan sentiasa hendaknya..
Amin

Terlebih emosi pula aku ni..actually itulah yg ku rasa..huhu..


                                            Amanat terakhir...

                                              Memohon kebaikan darimu yaAllah..

                                              Selamat tinggal anak didik ku..

No comments:

Post a Comment