Pengedar Sah Shaklee kawasan Jasin / Durian Tunggal / Tangkak..
Pm / Wasup : 019-7407001
SID : 1177376
http://mommykinthehouse.blogspot.com/
Pengedar barangan Al-Haddah Marketing Sdn.Bhd.

Sunday 21 December 2014

Pengalaman Menyusukan Baby..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah ada juga kelapangan nk update kat sini tentang pengalaman penyusuan aku..
Now, my baby dah 7 months old..Syukur masih diberi kesempatan dan rezeki menyusukan baby sepenuhnya.

Harini  aku nk kongsi la serba sedikit tips yang aku amalkan sepanjang menyusukan baby. 

1. Perlu ada azam yang tinggi serta semangat yang kuat.
     ~ Azam ni harus ditanam semasa hamil lagi. Perlu banyak ilmu penyusuan utk menyusukan baby supaya tdak mudah give up nanti. Ilmu penyusuan sangat luas.

2. Cari rakan yang menyusukan.
    ~ Pada aku rakan seperjuangan sangat penting untuk support each other dan tempat berkongsi pengetahuan. Anda perlu rajin bertanya. Jangan malu untuk mendapatkan ilmu. Joinlah group2 penyusuan yang sedia ada.Mereka banyak knowledge untuk dikongsikan.

3. Amalkan konsep demand and supply
    ~ Tips ni dah tentulah selepas anda melahirkan. Anda perlu menyusukan baby sekerap mungkin mengikut keperluan baby. Susui lah baby anda sekerap mungkin semasa di dalam pantang.

4. Sentiasa positif
   ~ Perkara ni yang aku rasa paling sukar untuk dilakukan. Tapi aku cuba sedaya upaya. Ibu mestilah berfikiran positif. Sentiasa berfikiran susu kita cukup untuk baby kita. Tiada istilah tidak cukup susu. Ibu juga perlu rileks dan tidak stress apabila baby menangis. Kadangkala baby kita menangis bukan kerana tidak cukup susu tetapi kerana ingin dipeluk oleh ibunya kerana belum biasa dengan keadaan sekeliling.

5. Pam perlu konsisten
   ~ Ibu-ibu perlu mengepam mengikut masa yang tertentu. Jika boleh setkan jadual mengepam yang tetap. Jika masih ada susu walaupun setelah ibu menyusukan baby, ibu boleh mengepam susu supaya missB kososng. Jika missB kosong,akan banyak dan cepat susu baru akan terhasil.

6. Cari makanan milk booster.
    ~ Setiap orang lain milkboosternya. Jadi ibu-ibu terpaksalah trial n error untuk mencari makanan milk booster. Makanan milk booster ku adalah kurma, air horlick, peria,longan, dan jantung pisang. Pernah juga mencuba air lobak putih (white radish), tak mampu aku menelannya..uwekks..huh berpeluh..

7. Supplement
   ~ Ibu boleh mencari supplement atau vitamin yang sesuai untuk kesihatan ibu. Bila ibu sihat production susu juga akan bertambah. Kalau tanya aku semestinya aku amalkan set penyusuan shaklee..hihi..Alhamdulillah buat diriku amat berkesan..

Oklah setakat ini dulu entryku untuk kali ini. Next entry aku akan sharekan tentang set penyusuan shaklee..tatatititutu...

No comments:

Post a Comment