Pengedar Sah Shaklee kawasan Jasin / Durian Tunggal / Tangkak..
Pm / Wasup : 019-7407001
SID : 1177376
http://mommykinthehouse.blogspot.com/
Pengedar barangan Al-Haddah Marketing Sdn.Bhd.

Thursday 19 March 2015

Berpantang selepas keguguran..

Salam satu Malaysia..

Hari ni genap la 7 hari aku berpantang selepas keguguran..Alhamdulillah I'm getting better..syukur juga kerana aku dpat terus menyusukan ilyas..Ilyas masih perlukan khasiat susu ibu supaya membesar dgn cergas dan pintar..Apa yang aku amalkan semasa berpantang??hihi..nak story lah ni..

Amalan aku semasa berpantang:
 1. Dari segi pemakanan..of course lah aku tak mkn makanan berangin,sejuk dan tajam..mknan aku semasa berpantang biasanya ikan haruan,ayam dan ikan parang..en.K memang akan pastikan aku mendapat khasiat ikan haruan segar..almaklumlah kaki pancing..hihi..lauk2 tdi tu biasanya mak akan buat goreng halia..kata mak untuk buang angin dalam badan..tak ku kecualikan sayur sayuran..bab sayur ni aku tak lah pantang sangat..aku mkn je semua..Alhamdulillah setakat ni tak pernah ada masalah apa2..
2.Aku pastikan aku pakai bengkung setiap hari..tapi bengkung moden la kan..tak kuasa aku nak lilit2 berpuluh kali..last2 aku fedup trus aje ku baling kan bengkung tradisional tu..hihi..untuk elak angin dikepala biasanya mak ikatkan daun sirih dikepala..letakkan bawang putih dilubang telinga..hihi..bertungku biasanya aku wat wktu mlm nk tdo..ikut keselesaan la kan..bila2 pon boleh asalkan buat..
 3.Aku pastikan aku berurut untuk betulkan urat-urat yg dah bersimpul n masuk angin tu..biasanya aku urut tiga kali berturut..urut ni pada aku pilihan la..sesetengah orang urut sekali je tapi ada juga yg sampai 7 kali..hahaha..ada ke?ada ye puan2..sy pernah dgr..
 4.Amalan yang ni sebenarnya turun temurun keluarga aku..minum air pati kunyit dan daun inai yg ditumbuk..ini mak aku yg buatkan..rasanya memanglah tak sedap..ubatkan..kata mak air kunyit ni baik untuk luka dalaman dan menaikkan seri muka..yang ini pun aku akan minum tiga kali berturut selama tiga hari..
 5.Semestinya aku perlu supplement tambahan untuk kesihatan..semasa berpantang atau pun tak aku memang amalkan supplement shaklee..bila keguguran ni lagilah aku perlu supplement untuk sihat dengan cepat..ini set yang aku amalkan:





Aku ambil juga set menyusu khas untuk banyakkan susu supaya ilyas dapat teruskan penyusuan..aku bersyukur dengan segala kurniaan Allah pada aku..aku yakin Allah akan gantikan babyku yg diambil itu dengan sesuatu yang lebih baik..InsyaAllah..

Sampai disini entry kali ni yer..goodbye..














Wednesday 18 March 2015

Pengalaman keguguran kali ke-2

Assalamualaikum..salam sejahtera..

Bersawang sudah blog sy ni..lama betul dah tak update post memandangkan kesibukan di sekolah baru..hahaha..alasan jer lebih sebenarnya tak rajin..erti kata lain malas..hihi
Sebenarnya entry kali ni nak share sedikit tentang keguguran kali ke-2..

 Setelah seminggu lewat menunggu kedatangan cik P..sy telah menjalankan ujian kehamilan..hihi guna pregnancy test yg murah aje..pertama kali test samar2 aje..ooo..mungkin takde kot..then after 2 days try lagi..wow positif la..

Hati ni dah berbelah bagi bukan ape kesiankan en.ilyas yg baru nk masuk 9 bulan..blom puas menikmati susu ibu..dah nk dpat adik..sebenarnya tak baik menidakkan rezeki Allah..tapi bila tengok wajah si ilyas ni jadi sayu pulak..huhuhu

Encik K lah yg banyak bgi nasihat dan semangat pada awal2 ni..sentiasa bgi kata2 positif pada isterinya yg kebingungan ni..akhirnya Alhamdulillah sy menerima kehamilan kali ini dengan hati yg terbuka dan tenang..

Setelah hati menjadi gembira dgn kehadiran bakal ahli keluarga baru..tiba2 datanglah dugaan untuk menguji kesabaran hamba-Nya iaitu diriku..balik dari kerja ada pula spotting..aduh petanda tak baik ni..risau hati ni memandangkan keguguran kali pertama pon begini juga..Untuk meredakan kerisauan tu..En.K membawa aku ke pakar O&G di hospital pantai..semestinya dr.hanisah..kata dr.hanisah ini adalah ancaman keguguran (threaten abortion) dan dia memberikan pil duphaston untuk menguatkan kandungan selama 2 minggu..so lega lah juga hati ni..aku pon layan je lah pil tu selama 2 minggu..

Sepanjang 2 minggu itu..spotting memang tak stop smpai aku rasa give up dah..aku dapat rasakan ending yg tak best dgn kndungan ni tapi aku tetap positifkan diri..sehinggalah hari rabu (11/3) tghari selepas abis kelas aku ke toilet dan mendapati ada tompokan darah merah..terus aje aku call en.K suruh jemput aku di sekolah dan terus ke hospital..setelah menjalani segala prosedur (malas nak cite prosedur tak best kat hospital ni)..aku pun diberikan lagi pil duphaston selama sebulan dan mc utk khamis dan jumaat..haha..layan jer lah..nak hilangkan risau ni..

 Balik rumah rehat lah aku seperti biasa..kali ni memang tak dukung dah en.ilyas..en.ilyas menangis2 minta manja..huhhu..sian dia..sehinggalah esoknya khamis (12/3)..perut mula sakit seperti senggugut..darah pula makin bnyak mengalir keluar..hati aku ni??aku masih tak puas hati jadi ptg khamis tu aku ajak en.K ke klinik berdekatan utk scan keadaan baby..kata dktor tu:
kandungan ni tak menjadi,kantungnya lebih kurang 6 minggu saiznya dan dalam nya nmpak kosong..sepatutnya 9 minggu dah nmpak janin,tunggu ajelah kalau ada rezeki ada lah.. kalau darah bnyak dan berketul terus ke hospital besar..
sentap jugalah dengar,tambah sedih dan kecewa..tapi aku kuatkan diri menerima takdir Allah ini dengan redha..aku tak mahu persoalkan kenapa..kerana aku tahu segala ketentuan-Nya adalah yg terbaik utk hamba-Nya yg lemah seperti aku..


 Balik dari klinik aku kuatkan diri utk solat asar walaupon perut dah semakin sakit..selepas solat doaku semoga Allah permudahkan segala urusan aku selepas ini..aku redha dengan percaturan ini.


Menjelang magrib selepas mandi aku dpat rasakan seketul darah keluar..aku mengambil ketulan berkenaan dan memasukkan ke dalam plastik utk dibawa ke hospital..aku beritahu pada en.K dan dia segera mengajak ku ke hospital..dihospital aku telah pun disahkan keguguran tetapi incomplete abortion..so aku telah dirujuk ke hospital besar melaka..sepanjang menunggu rawatan di hospital melaka (almaklumlah ramai sgt yg sakit sekarang ni) semakin bnyak darah yg keluar ..jam 12.30 pagi jumaat bru lah aku ditolak ke labour room (setelah 3 jam menunggu)..


 Di labour room case aku telah di ambil oleh seorang dktor cina perempuan..sangat baik,lemah lembut dan cantik..kalau tak silap namnya dr.chua..aku selesa dirawat oleh doktor chua kerana dia sgt menghormati aku sebagai pesakitnya..setelah di scan dari bawah dktor akhirnya mengesahkan aku telah complete abortion..mungkin waktu aku menunggu selama 3jam tadi telah keluar semua nya..

 Aku sangat lega bila dktor beritahu aku tak perlu menjalani D&C..syukur Allah permudahkan segalanya..aku bersyukur walaupon aku sedih kerana kehilangan tapi sakit yang aku alami sangat lah minima..akhirnya aku dibenarkan pulang..lega sangat rasanya..so bermulalah episod berpantang aku setelah keguguran..panjang pula entry kali ni...maafff...


































































































































Sunday 4 January 2015

Pengedar Shaklee Jasin/Tangkak/Durian Tunggal.

Assalamualaikum...

Mencari pengedar Shaklee berdekatan dengan tempat tinggal anda??



Nama : Khariani binti Omar
Web site : mommykinthehouse.blogspot.com
Call/sms/whatapps: 019-7407001

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE di jasin, tangkak dan durian tunggal. Jika berminat anda boleh terus menghubungi saya atau boleh membuat temujanji dan berjumpa di mana-mana. Tapi kene call awal ye boleh la saya arrangekan masa.

Ape yang best jika beli vitamin dengan saya:

1) Tiada caj penghantaran.
2) Boleh beli vitamin dengan harga ahli
3) Bersedia menjawab semua pertanyaan anda.
4) Tips eksklusif akan diberikan khas kepada pelanggan-pelanggan sahaja..

Anda berminat untuk menjadi ahli???

Daftar online dari saya. Hanya RM75 seumur hidup. Tak perlu renew every year..Sangat jimat dan berbaloi-baloi.

Kelebihan menjadi ahli:
1) Boleh membeli produk dengan harga ahli & mengumpul point dlm bentuk uv

2)  Jika rajin berkongsi kebaikan vitamin Shaklee, boleh meningkatkan uv tanpa ada downline.
 

3) Jika mencapai minimum 150 uv boleh menukarkan uv kepada cash.
 

4) Jika berminat untuk serius berbisnes, ada kelas khas disediakan.
 

5) Shaklee menawarkan 3C 
      * Cash,
      * Car (bonus kereta) 
      * Convention (local & international/Umrah yg ditaja sepenuhnya oleh Shaklee jika cukup syarat.)

Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi saya Khariani/Khai 019-7407001.

Amalkan gaya hidup sihat dengan vitamin SHAKLEE.. 


Saturday 3 January 2015

SET KESUBURAN SHAKLEE

Salam ceria kepada semua...

Seperti yang dijanjikan entry kali ini aku nak sharekan tentang kebaikan SET KESUBURAN SHAKLEE yang aku pernah cuba selepas aku miscarriage awal januari 2013.

Set yang aku cuba adalah seperti ini:


Dalam gambar diatas, telah disertakan segala kebaikan produk tersebut dalam membantu kesuburan suami isteri. Consuming supplement ini adalah sebahagian usaha saya untuk mendapatkan zuriat. Kita harus yakin dengan apa yang kita usahakan serta harus memohon pada Allah swt kerana Dialah yang maha pemurah serta memberi apa yang dihajati oleh hamba-Nya.

Jika anda berminat dengan set kehamilan shaklee ini anda boleh menghubungi saya khai - 019 7407001..ataupun anda boleh baca entry saya Berputiknya cinta untuk mengetahui pengalaman saya bersama SET KESUBURAN SHAKLEE.. sampai bertemu lagi..Assalamaualaikum...

Berputiknya Cinta..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Salam ceria kepada pembaca..hari ni aku nak cerita sikit tentang bagaimana berputiknya cinta ku..kepada siapa erk?? Jeng..jeng..jeng..

Sebenarnya aku bukan lah nak cerita tentang berputiknya cintaku pada En.K..hahaha..Ianya biarlah menjadi rahsia kami berdua..Berputiknya cinta aku ni adalah kepada produk SHAKLEE..Bagaimana aku boleh terbuka hati nak mencuba produk SHAKLEE yang kini menjadi sebahagiaan daripada keluarga ku di rumah..Heee...

Bermulalah alkisahnya..chewaahh..
Episod itu bermula pada awal tahun 2013 setelah aku mengalami miscarriage yang amat mendukacitakan aku dan suami..Selepas misscarriage tu sudah tentulah aku dan suami mengharapkan aku akan preggy semula as soon as possible walaupun doktor telah menasihatkan aku supaya berehat minimum selama 3 bulan. Selama 3 bulan itu juga la cik P jadi irregular akibat hormon yang tidak stabil. Jadi aku terfikir, bolehkah aku mengandung sedangkan cik P berterabur, tak tahu bila hari subur. Fikiran aku semakin bercelaru.

Fikiran berceleru memikirkan macam mana nak regularkan cik P yang dah tunggang langgang ni. Dengan bantuan pakcik google, aku pun terbacalah tentang satu produk ni. Setelah membaca dan terus membaca akhirnya berkenanlah dengan produk tersebut. Almaklumlah aku ni bukan orang yang senang nak cuba sesuatu produk yang aku tidak yakini keberkesanannya. Akhirnya aku decide nak cuba PRODUK KESUBURAN SHAKLEE..hii..tadaaa...



Bukan setakat set untuk aku aje,aku beli juga set untuk En.K..hihi..almaklumlah dah tak sbar nak menimang anak kedua..hihi..Nasib la En.K orang yang tak cerewet, katanya baik bagi aku baiklah bagi dia..Alhamdulillah usaha dipermudahkan.

So buat pertama kalinya aku telah mendapatkan supplement ni dari orang yang amat baik hati dan sangat supportive iaitu mama yati..(boleh visit http://www.azatyvitalove.com/ ). Inilah orang yang bertanggungjawab menjual produk pertama shaklee pada den..hihi

Alhamdulillah dua bulan selepas mengambil set kesuburan ni, cik P dah mula regular..Hati banyak senang. Kalau nak berTTC ni hati kene tenang dan senang, barulah mudah kan??hihi..

Keyakinan terhadap produk shaklee semakin bertambah hari demi hari. Kini aku menambah supplement aku dengan Vitamin B complex, vitamin C juga ESP. Alhamdulillah aku merasai nikmat sihat dengan izin Allah SWT.

Dalam pada sibuk dengan kehidupan baru bersama shaklee, akhirnya sesuatu yang ditunggu datang juga. Cik P tidak kunjung tiba..Takkan dah ada kot???baru je 4 bulan makan supplement..Itulah kata hatiku..tetapi itulah kebenarannya..Aku telah disahkan hamil 6 minggu. Syukur Alhamdulillah..atas usaha aku serta keizinan-Mu aku merasa nikmat mengandung sekali lagi.

Sejak itu keyakinan terhadap SHAKLEE semakin menebal serta aku telah jatuh cinta dengan kebaikan produknya. Apepun segala usaha yang kita lakukan, kita harus yakin dan bertawakal kepada-Nya. InsyaAllah semua berlaku dengan izin-Nya.

Begitulah sedikit sebanyak cerita yang nak aku kongsikan dalam entry ini..Next entry aku akan sharekan tentang KEBAIKAN SET KESUBURAN SHAKLEE yang aku pernah cuba..Sampai berjumpa lagi..daa...