Pengedar Sah Shaklee kawasan Jasin / Durian Tunggal / Tangkak..
Pm / Wasup : 019-7407001
SID : 1177376
http://mommykinthehouse.blogspot.com/
Pengedar barangan Al-Haddah Marketing Sdn.Bhd.

Sunday 4 January 2015

Pengedar Shaklee Jasin/Tangkak/Durian Tunggal.

Assalamualaikum...

Mencari pengedar Shaklee berdekatan dengan tempat tinggal anda??



Nama : Khariani binti Omar
Web site : mommykinthehouse.blogspot.com
Call/sms/whatapps: 019-7407001

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE di jasin, tangkak dan durian tunggal. Jika berminat anda boleh terus menghubungi saya atau boleh membuat temujanji dan berjumpa di mana-mana. Tapi kene call awal ye boleh la saya arrangekan masa.

Ape yang best jika beli vitamin dengan saya:

1) Tiada caj penghantaran.
2) Boleh beli vitamin dengan harga ahli
3) Bersedia menjawab semua pertanyaan anda.
4) Tips eksklusif akan diberikan khas kepada pelanggan-pelanggan sahaja..

Anda berminat untuk menjadi ahli???

Daftar online dari saya. Hanya RM75 seumur hidup. Tak perlu renew every year..Sangat jimat dan berbaloi-baloi.

Kelebihan menjadi ahli:
1) Boleh membeli produk dengan harga ahli & mengumpul point dlm bentuk uv

2)  Jika rajin berkongsi kebaikan vitamin Shaklee, boleh meningkatkan uv tanpa ada downline.
 

3) Jika mencapai minimum 150 uv boleh menukarkan uv kepada cash.
 

4) Jika berminat untuk serius berbisnes, ada kelas khas disediakan.
 

5) Shaklee menawarkan 3C 
      * Cash,
      * Car (bonus kereta) 
      * Convention (local & international/Umrah yg ditaja sepenuhnya oleh Shaklee jika cukup syarat.)

Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi saya Khariani/Khai 019-7407001.

Amalkan gaya hidup sihat dengan vitamin SHAKLEE.. 


Saturday 3 January 2015

SET KESUBURAN SHAKLEE

Salam ceria kepada semua...

Seperti yang dijanjikan entry kali ini aku nak sharekan tentang kebaikan SET KESUBURAN SHAKLEE yang aku pernah cuba selepas aku miscarriage awal januari 2013.

Set yang aku cuba adalah seperti ini:


Dalam gambar diatas, telah disertakan segala kebaikan produk tersebut dalam membantu kesuburan suami isteri. Consuming supplement ini adalah sebahagian usaha saya untuk mendapatkan zuriat. Kita harus yakin dengan apa yang kita usahakan serta harus memohon pada Allah swt kerana Dialah yang maha pemurah serta memberi apa yang dihajati oleh hamba-Nya.

Jika anda berminat dengan set kehamilan shaklee ini anda boleh menghubungi saya khai - 019 7407001..ataupun anda boleh baca entry saya Berputiknya cinta untuk mengetahui pengalaman saya bersama SET KESUBURAN SHAKLEE.. sampai bertemu lagi..Assalamaualaikum...

Berputiknya Cinta..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Salam ceria kepada pembaca..hari ni aku nak cerita sikit tentang bagaimana berputiknya cinta ku..kepada siapa erk?? Jeng..jeng..jeng..

Sebenarnya aku bukan lah nak cerita tentang berputiknya cintaku pada En.K..hahaha..Ianya biarlah menjadi rahsia kami berdua..Berputiknya cinta aku ni adalah kepada produk SHAKLEE..Bagaimana aku boleh terbuka hati nak mencuba produk SHAKLEE yang kini menjadi sebahagiaan daripada keluarga ku di rumah..Heee...

Bermulalah alkisahnya..chewaahh..
Episod itu bermula pada awal tahun 2013 setelah aku mengalami miscarriage yang amat mendukacitakan aku dan suami..Selepas misscarriage tu sudah tentulah aku dan suami mengharapkan aku akan preggy semula as soon as possible walaupun doktor telah menasihatkan aku supaya berehat minimum selama 3 bulan. Selama 3 bulan itu juga la cik P jadi irregular akibat hormon yang tidak stabil. Jadi aku terfikir, bolehkah aku mengandung sedangkan cik P berterabur, tak tahu bila hari subur. Fikiran aku semakin bercelaru.

Fikiran berceleru memikirkan macam mana nak regularkan cik P yang dah tunggang langgang ni. Dengan bantuan pakcik google, aku pun terbacalah tentang satu produk ni. Setelah membaca dan terus membaca akhirnya berkenanlah dengan produk tersebut. Almaklumlah aku ni bukan orang yang senang nak cuba sesuatu produk yang aku tidak yakini keberkesanannya. Akhirnya aku decide nak cuba PRODUK KESUBURAN SHAKLEE..hii..tadaaa...



Bukan setakat set untuk aku aje,aku beli juga set untuk En.K..hihi..almaklumlah dah tak sbar nak menimang anak kedua..hihi..Nasib la En.K orang yang tak cerewet, katanya baik bagi aku baiklah bagi dia..Alhamdulillah usaha dipermudahkan.

So buat pertama kalinya aku telah mendapatkan supplement ni dari orang yang amat baik hati dan sangat supportive iaitu mama yati..(boleh visit http://www.azatyvitalove.com/ ). Inilah orang yang bertanggungjawab menjual produk pertama shaklee pada den..hihi

Alhamdulillah dua bulan selepas mengambil set kesuburan ni, cik P dah mula regular..Hati banyak senang. Kalau nak berTTC ni hati kene tenang dan senang, barulah mudah kan??hihi..

Keyakinan terhadap produk shaklee semakin bertambah hari demi hari. Kini aku menambah supplement aku dengan Vitamin B complex, vitamin C juga ESP. Alhamdulillah aku merasai nikmat sihat dengan izin Allah SWT.

Dalam pada sibuk dengan kehidupan baru bersama shaklee, akhirnya sesuatu yang ditunggu datang juga. Cik P tidak kunjung tiba..Takkan dah ada kot???baru je 4 bulan makan supplement..Itulah kata hatiku..tetapi itulah kebenarannya..Aku telah disahkan hamil 6 minggu. Syukur Alhamdulillah..atas usaha aku serta keizinan-Mu aku merasa nikmat mengandung sekali lagi.

Sejak itu keyakinan terhadap SHAKLEE semakin menebal serta aku telah jatuh cinta dengan kebaikan produknya. Apepun segala usaha yang kita lakukan, kita harus yakin dan bertawakal kepada-Nya. InsyaAllah semua berlaku dengan izin-Nya.

Begitulah sedikit sebanyak cerita yang nak aku kongsikan dalam entry ini..Next entry aku akan sharekan tentang KEBAIKAN SET KESUBURAN SHAKLEE yang aku pernah cuba..Sampai berjumpa lagi..daa...